Solekan adalah seni lukisan, Untuk mewarnakannya haruslah faham akan teknik dan warna yang digunakan seiring dengan teknik yang betul dengan menggunakan bahan-bahan seperti eyeshadow, compact powder, maskara, celak mata, gincu, foundation, dan lain-lain. Solekan atau makeup dapat memberi dan membina rasa ‘Keyakinan’ seseorang, di samping menyerlahkan rupa paras yang cantik dan kemas. Solekan bukannya untuk mengubah wajah menjadi seperti seseorang, contohnya artis pujaan anda, tujuan solekan adalah untuk memberikan satu rupa yang dapat menonjolkan kecantikkan anda sendiri yang selama ini anda sedari ataupun tidak sedar. Solekan juga menaikkan bentuk hidung yang kurang mancung. Menaikkan tulang pipi agar nampak lebih muda dan juga dapat menyembunyikan kekurangan yang ada di wajah seseorang. Solekan mata juga memainkan peranan yang penting kerana ‘Dari Mata Turun Ke Hati". Teknik solekan mata yang betul dapat menyerlahkan kecantikkan mata yang memukau. Pengalaman dan teknik solekan haruslah ada pada seseorang jurusolek, teknik-teknik terkini dan juga warna-warna terkini seharusnya menjadi pengetahuan jurusolek agar ia tidak ketinggalan di dalam solekannya nanti. UP TO DATE okayy! :-)
JENIS-JENIS BENTUK MUKA
Sebelum mulakan solekan, Kita haruslah mempelajari dgn betul dahulu bentuk-bentuk muka, ton warna, alatan-alatan, dan bahan-bahan. Supaya hasil solekan menjadi cantik dan tidak ada cacat cela. Jika mahu hasil yang cantik serta memuaskan, Anda kena tahu teknik yang betul dahulu.

Bentuk Panjang
Bentuk Segi Empat
Bentuk Bulat
TEORI WARNA
Roda warna merupakan carta yang mengandungi susunan pelbagai warna, iaitu warna panas dan warna sejuk. Ini menentukan kombinasi warna yang sesuai sewaktu menyolek. Roda warna boleh digunakan sebagai panduan semasa menyolek.
Warna sejuk : Warna yang mempunyai ton biru.
Contohnya warna sejuk ialah biru, merah jambu, ungu dan ungu kemerah-merahan.
Warna Panas : Warna yang mempunyai ton kuning.
Contohnya warna panas ialah kuning, oren, merah dan hijau kekuning-kuningan.
Warna Utama :
Bagi mendapatkan warna yang menarik dan sesuai dengan kulit anda. Anda haruslah perlu mahir menggunakan warna agar kombinasi warna yang digunakan kelihatan harmoni. terdapat tiga warna utama iaitu warna primer, sekunder dan tertier. Warma-warna ini ditunjukkan dalam roda warna sperti yang terdapat dibawah ini.

WARNA PRIMIER
WARNA SEKUNDER
WARNA TERTIER
WARNA PRIMER
- Tidak boleh dihasilkan atau diperoleh daripada campuran sebarang warna.
- Warna kuning, biru dan merah
WARNA SEKUNDER
- Warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna primer dalam kuantiti yang sama seperti berikut :
1. Kuning + merah = Oren2. Merah + Biru = Ungu
3. Kuning + Biru = Hijau
takutnya tengok foto lady gagak dekat blog ni . eerrrr lri*
ReplyDeletejanganla takut2. nanti ruby letak gagak banyak2 okayyy :D
ReplyDelete