Thursday 14 July 2011

Photoshoot by EYOI TEAM MAKEUP ARTISTIK.

Hello guys!
Ini adalah hasil-hasil photoshoot yang ideanya didatangi oleh my lecturer EYOI ADAM! Di sini I nak berkongsi tentang kisah yg ada pada setiap gambar & bahan-bahan mekap yang telah digunakan. Jommm!! :)

GHOST STORY




GHOST STORY adalah mengisahkan tentang hantu-hantu yang keluar berkeliaran pada waktu malam. Lokasi penggambaran dilakukan di sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan dan usang. Penggambaran ini dijalankan pada jam 12 malam untuk mendapatkan mood & lebih real!

Bahan-bahan yg telah di apply pada model diatas adalah sirap, tisu, telur, bedak, eyeshadow, foundation. Sirap untuk menjadi darah, Tisu untuk membentuk luka-luka pada muka, telur untuk mengeraskan tisu. Pada rambut pula menggunakan teknik sasak sahaja untuk menampakkan keadaan hantu-hantu lebih kusut dan tidak terurus.

Bagi pakaian pula mereka menggunakan warna hitam dan merah untuk menampakkan keadaan menjadi lebih seram dan menakutkan. 


ANGEL





ANGEL adalah mengisahkan tentang bidadari baik & sekumpulan manusia yang jahat. Bidadari baik berpakaian putih dan manusia yg jahat pula berpakai serba hitam. Lokasi ini dilakukan di kawasan yang lapang dan gelap.

Bahan-bahan mekap seperti biasa menggunakan foundation, celak, bedak, sirap. Untuk menampakkan darah-darah yg lebih real.

Pakaian pula menggunakan pakai bewarna hitam & putih. Hitam untuk yg jahat, putih pula untuk yg baik. Mereka juga menggunakan sayap kerana bidadari kan boleh terbang.



HIGH FASHION



HIGH FASHION adalah mengisahkan tentang orang kaya berfesyen dgn pakaian-pakaian yg mahal dan cantik seperti gaun, skirt & etc. Lokasi penggambaran ini di tempat yg high class kerana kebanyakkan org kaya akan bershopping di tempat yg mahal sahaja.



KOREAN CLASS





KOREAN CLASS ini mengisahkan tentang remaja yg suka berfesyen dan sgt nakal didalam class. Mereka mempunyai perangai yg tersendiri. Selalu bergaduh di dalam kelas tapi tetap berkawan. Pergambaraan ini diambil di dalam kelas. 
Mereka menggunakan bermacam-macam jenis pakaian yg berwarna warna. Warna warni sgt menarik dan menyerlah!



RECYCLE AWARENESS




RECYCLE AWARENESS ini menggunakan barang-barang kitar semula untuk dibuat pakaian. Barang-barang yang digunakan seperti surat khabar, plastik, kereta buruk. Ini boleh mengurangkan pembaziran apabila barang-barang yg telah dibuang boleh digunakan semula dengan cara yang baik dan kreatif!

No comments:

Post a Comment