Thursday 28 July 2011

JENIS-JENIS RAMBUT.

Heyy.. Nak tahu tak rambut ada bapa jenis? Rambut hanya ada 4 jenis sahaja! Jom kita kenal dgn kesemua jenis rambut. Jenis rambut apa yg anda ada? Jommm!

NORMAL
  • Rambut kelihatan bersinar dan cantik. 
  • Kulit kepala tidak terlalu kering dan terlalu berminyak.
  • Rambut jenis ini mudah digayakan dan stail yang terbentuk akan tahan lebih lama.
KERING
  • Rambut mudah kusut, kelihatan kusam dan kering menggerbu.
  • Rambut kering akan mudah bercabang dihujungnya jika dibiarkan dan agak sukar untuk digayakan.
BERMINYAK
  • Rambut sentiasa kelihatan lembap.
  • Keadaan kulit kepala jugak akan kelihatan berminyakdan melekit.
  • Mudah memerangkap kekotoran dan habuk.
  • Berbau hapak dan sering mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
RAMBUT BERMASALAH

Rambut berbuah : Keadaan rambut berbintil-bintil seperti buah.

Rambut bercabang : Hujung rambut bercabang. Rambut jenis ini adalah tidak sesuai untuk dibiarkan panjang.

Rambut Kelemumur : Terdapat kepingan warna putih pada rambut dan kulit kepala. Kepingan ini terjadi disebabkan lapisan kulit mati paling luar terlalu aktif menyebabkan berlaku pertukaran yang cepat. 

1 comment:

  1. Mintak share...sy dah linkan ke bLog Rubinna..TQ taw...^___^

    ReplyDelete